
YBhg. Puan Suzana binti Awang
Ketua Eksekutif
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Hormat.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, kerana dengan izin-Nya, saya diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab serta amanah besar ini bagi mengemudi Kolej Yayasan Pahang terus melangkah relavan sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berdaya saing di Malaysia.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Pahang, pihak pengurusan tertinggi kolej, barisan pensyarah, kakitangan pentadbiran, serta para pelajar atas keyakinan yang diberikan kepada saya untuk memimpin dan membawa kolej ini ke tahap yang lebih cemerlang.
Kolej Yayasan Pahang memiliki keunikan tersendiri dalam membangunkan modal insan berkualiti, selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam bidang pertanian dan teknologi digital (Agrotech). Hasrat ini bukan sahaja menjadikan KYP sebagai sebuah institusi niche, malah sebagai pusat rujukan pendidikan yang memacu kemajuan sosioekonomi negeri.
Bagi memastikan hal ini dapat direalisasikan, 5 nilai utama akan diterapkan iaitu Integriti, Kecemerlangan, Inovasi, Prihatin, dan Kolaborasi. Bersama-sama, kita akan memacu lima keutamaan strategik kecemerlangan akademik & TVET, kebolehpasaran graduan, inovasi digital, kelestarian kewangan, serta kebajikan pelajar dan staf.
Akhir kata, saya menyeru seluruh warga Kolej Yayasan Pahang untuk berganding bahu, berkongsi hala tuju, dan melangkah seiring dalam memastikan Kolej Yayasan Pahang terus berkembang, memberi impak positif kepada kakitangan, pelajar, komuniti dan menjadi kebanggaan negeri Pahang.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.