POLISI ANTI RASUAH KUMPULAN KYP EDUCATION SDN BHD

KUMPULAN KYP EDUCATION SDN BHD (KKESB) [yang terdiri daripada KYP Education Sdn Bhd dan institusi-institusi dibawahnya iaitu UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang(KYP)] komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua warga krja dan aktiviti organisasi dan perhubungannya dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan segala ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat ditangani dengan cekap dan berkesan.

KKESB mensasarkan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan komoted untuk bertindak secara adil, profesional dan berintegriti dalam menyediakan perkhidmatan. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, KKESB memberikan penekanan kepada empat(4) terma rujukan berikut:

A. Dasar, Perundangan dan Peraturan
i.Memahami dan mematuhi undang-undang, peraturan dan lain-lain arahan berkaitan antirasuah yang
berkuatkuasa.
ii.Menerapkan elemen antirasuah dalam penggubalan dasar bagi meningkatkan kawalan dalaman terhadap
kelemahan governans dan pelanggaran integriti.

B. Sistem dan Prosedur Kerja

Mengenal pasti, mengkaji kelemahan sistem dan prosedur kerja dari  semasa ke semasa yang boleh membuka
ruang dan peluang kepada  perlakuan rasuah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

C. Pengukuhan Governans, Integriti dan Akauntabiliti

Menyemai, mendidik dan membudayakan integriti dan akauntabiliti serta memperkukuhkan governans dalam
penyampaian perkhidmatan. Budaya kerja yang sihat ini membolehkan semua pihak  berakauntabiliti bukan
hanya di dalam skop jabatan masing-masing,  tetapi juga bersifat cross sectional.

 D. Pengesanan, Pematuhan, Puniatif dan Pemulihan
i.Memperkasa dan menyebarluaskan mekanisme pelaporan perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan.
ii.Memastikan pematuhan kepada peraturan, mengambil tindakan punitif terhadap pelanggaran tatakelakuan
dan melaksanakan usaha pemulihan.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan Atasan KKESB komited untuk melaksanakan dan menguatkuasakan polisi dan prosedur di seluruh KKESB bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah di kalangan warga kerja dan di dalam aktiviti KKESB termasuk dalam perhubungan dengan pihak berkepentingan; ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti, selaras dengan Visi dan Misi KKESB, serta aspirasi negara seperti berikut:

a)Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan undang-
undang lain yang berkaitan, peraturan, polisi dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam melaksanakan tugas
mereka;

b)Badan Tadbir Urus dan Pihak Pengurusan Atasan KKESB komited untuk melaksanakan kawalan dan
penambahbaikan secara berterusan menerusi Sistem Pengurusan Antirasuah KKESB (MS ISO37001);

c)Menyediakan saluran dan menggalakan pelaporan aktiviti yang disyaki berunsur rasuah menerusi Polisi
Whistleblowing KKESB;

d)Tidak memberi, berjanji untuk memberi, menawar, meminta atau menerima apa-apa hadiah yang
bertentangan dengan Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah KKESB;

e)Pegawai Integriti bertanggungjawab memantau pematuhan Sistem Pengurusan Antirasuah dan melaporkan
kepada Badan Tadbir dan Pengurusan Atasan KKESB, dan

f)Setiap warga kerja mempunyai kewajipan untuk membaca dan memahami Polisi ini.Ketidakpatuhan dan
pelanggaran Polisi oleh warga kerja boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil oleh KKESB mengikut
polisi,prosedur, arahan dan garis panduan KKESB dan/atau memulakan prosiding undang-undang terhadap
warga kerja yang terlibat.

Polisi ini terpakai kepada semua warga KKESB. Polisi ini juga hendaklah dijadikan panduan oleh pemegang taruh, rakan niaga atau mana-mana individu/organisasI yang berurusan dengan warga/fasiliti KKESB dan perlu dipatuhi. Pelanggaran kepada polisi ini membolehkan tindakan undang-undang dan/atau tatatertib dikenakan kepada mereka yang terlibat.

PUAN NORSAZLINA BINTI CHE GHAZALI
Pengurus Besar, KYP Education Sdn Bhd
30 Januari 2026

POLISI WHISTLEBLOWING KUMPULAN KYP EDUCATION SDN. BHD.

Polisi ini menggariskan panduan bagi melaporkan sebarang bentuk penipuan, penyalahgunaan dan penyelewengan serta salah laku dalam kalangan warga kerja Kumpulan KYP Education Sdn. Bhd. (KKESB). Dalam masa yang sama, ia melindungi identiti Pemberi Maklumat (Whistleblower).

APA YANG BOLEH DIDEDAHKAN?

1. Rasuah atau penipuan

2. Kesalahan jenayah

3. Salah guna wang atau harta KKESB

4. Kesilapan pengurusan yang melampau dalam KKESB

5. Ketirisan kewangan yang serius dalam KKESB

6. Gangguan Seksual

7. Kesalahan tatatertib lain.

8. Perkhidmatan KKESB

IDENTITI PENGADU DILINDUNGI

Mana-mana individu yang mahu melaporan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.

Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan KKESB dan Anak Syarikat, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.

SALURAN ADUAN/WHISTLEBLOWING

Saluran Aduan Emel: [email protected] atau;


Surat dialamatkan kepada:
Pegawai Integriti,
Unit Integriti,
Aras 2 Kompleks Yayasan Pahang, 
26060 Tg. Lumpur,
Kuantan Pahang atau

Klik pautan berikut E-Borang Whistleblowing;


MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang disertakan adalah;

1. Nama pengadu,nombor telefon,alamat surat-menyurat dan e-mel
2. Nama,nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut dalam aduan.
3.Butiran khusus mengenai bagaimana,mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku.
4.Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.
**Walaubagaimanapun, jika aduan yang diterima tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan di atas, aduan tersebut akan turut dipertimbangkan untuk tujuan siasatan.