"Memperkasa masa depan melalui pendidikan berkualiti, KYP berdedikasi untuk mencipta generasi peneraju yang berwawasan, bertanggungjawab dan berdaya saing global."

Kolej Yayasan Pahang (KYP), yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang cawangan ke-5 (IKIP 5), beralamat di Taman Pertanian, Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, telah ditubuhkan pada 31 Disember 1998.

KYP Education Sdn. Bhd., yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pahang, terdiri daripada dua entiti pendidikan: Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan Universiti UCYP.

Kolej Yayasan Pahang (KYP), yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang cawangan ke-5 (IKIP 5), beralamat di Taman Pertanian, Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, telah ditubuhkan pada 31 Disember 1998.

Selain menawarkan program diploma home-grown, KYP juga menawarkan program diploma dan ijazah melalui kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara, bagi memastikan peluang pendidikan berkualiti yang selaras dengan visi Yayasan Pahang untuk memartabatkan masyarakat berpengetahuan bertaraf dunia. Ini adalah sebahagian daripada matlamat yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025.

Semua program di KYP mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta Jabatan Perkhidmatan Awam. KYP telah mencapai taraf IPT berdaya saing di bawah penilaian MyQuest 2022.