No rujukan MQA : (R2/221/6/0113)(06/2027)(A11533)
Syarat Kemasukan
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi purata peratus markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek bergantung kepada syarat semasa KPT.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan gred B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (AGAMA/DINI/TAHFIZ SYAHADAH ULYA) di peringkat SPM
Tahun Pengajian
2 + 2 tahun
Sinopsis Program
Program ini menggabungkan teori Syariah dan aplikasi praktikal, serta menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran yang diperlukan oleh industri kewangan Islam di Malaysia. Program ini melahirkan graduan dalam bidang Syariah yang dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran tempatan, dan juga memberikan sumbangan kepada keperluan global dalam sektor perbankan Islam.
Objektif Pendidikan Program (PEO)
| PEO1: Graduan akan mempamerkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Syariah, ekonomi dan perbankan Islam bagi memenuhi keperluan bidang pekerjaan. PEO2: Graduan akan mampu mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah, ekonomi dan perbankan Islam dalam menguruskan isu-isu berkaitan dan penyelesaian masalah. PEO3: Graduan akan memperolehi kemahiran kepimpinan yang berkesan dan kemampuan bekerja secara berkolaboratif dalam menguruskan isu berkaitan Syariah, ekonomi dan perbankan Islam. PEO4: Graduan akan berupaya berkomunikasi secara efektif dan beretika serta memenuhi tanggungjawabsosial.
|