No rujukan MQA : (R2/213/4/0243)(02/2025)(MQA/FA4409)
Syarat Kemasukan
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit sahaja; ATAU
- LULUS Sijil Kolej Komuniti dengan Tahap 3 dan LULUS SPM sekurang-kurangnya kepujian dalam SATU (1) mata pelajaran; ATAU
- LULUS Sijil Multimedia Kreatif Tahap 3 dengan mendapat PNGK 2.0; ATAU
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3; DAN
- LULUS ujian melukis yang diadakan oleh pihak Sekolah Pengajian
Tahun Pengajian
2 ½ tahun
Sinopsis Program
Diploma ini menggabungkan seni visual dan teknologi multimedia dengan membuka ruang untuk ekspresi kreatif, membolehkan pelajar meneroka teknik inovatif dan interaktif, arca digital dan pengetahuan teknologi yang menggabungkan sempadan bentuk seni tradisional dengan bentuk baru. Program ini dijalankan selama 2 tahun setengah bersamaan dengan 5 semester pengajian.
Apa yang membezakan Diploma ini dengan diploma seni yang lain adalah semua lukisan yang bakal dihasilkan adalah menggunakan perisian serta teknologi yang terkini iaitu seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Premiere Pro, Procreate, Ibis Paint, Krita dan lain-lain lagi. Kepakaran melukis menggunakan komputer adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam industri seni masa kini terutamanya dalam industri animasi.
Selain itu, pendedahan media konvensional seperti pensil warna, pastel, cat air, akrilik, cat minyak dan lain-lain juga dititikberatkan bagi melestarikan kemahiran kreatif pelajar supaya bersedia untuk melibatkan diri dan menceburi bidang industri kreatif di dalam mahupun luar negara.
Projek akhir pelajar juga akan memfokuskan kepada persembahan seni visual iaitu tertumpu untuk menghasilkan sama ada catan, lukisan, arca atau media baru.
Objektif Pendidikan Program(PEO)
PEO 1: Menghasilkan graduan-graduan yang mahir, berketrampilan, berkepimpinan, berkomunikasi secara berkesan, mempamerkan semangat kerja berkumpulan.
PEO 2: Menyediakan platform laluan kerjaya ke arah peningkatan pengetahuan dan profesionalisme dalam pembangunan seni lukis dan seni reka serta mematuhi peraturan yang telah digariskan dalam persekitaran kerja.
PEO 3: Mengaplikasi kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, kemahiran untuk membuat keputusan dan kemahiran keusahawanan di dalam persekitaran kerja.