No rujukan MQA : (R/345/4/0572)(06/2024)(MQA/FA3730)
Syarat Kemasukan
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit serta lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- LULUS Pra-Diploma dalam bidang berkaitan dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0; ATAU
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 yang diiktiraf oleh MLVK;
- Menggunakan Sijil APEL yang dikeluarkan oleh MQA
Tahun Pengajian
2 ½ tahun
Sinopsis
Program ini menyediakan pelajar di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan industri perladangan. Pelajar diberi pengetahuan asas di dalam bidang sains tumbuhan dan sains tanah sebelum diberi pendedahan lebih mendalam secara teori dan praktikal dari aspek industri perladangan, prinsip pengeluaran kelapa sawit, getah, kelapa dan koko. Aspek-aspek pertanian kontemporari yang selamat turut diterap melalui sistem perladangan bersepadu, pengurusan tanah lestari, mekanisasi perladangan, OSHA serta perladangan persis.
Objektif Pendidikan Program(PEO)
PEO 1: Menghasilkan graduan-graduan yang mahir, berketrampilan, berkepimpinan, berkomunikasi secara berkesan, mempamerkan semangat kerja berkumpulan
PEO 2: Menyediakan platform laluan kerjaya ke arah peningkatan pengetahuan dan profesionalisme dalam pembangunan dan pengurusan ladang serta mematuhi peraturan yang telah digariskan dalam persekitaran kerja.
PEO 3: Mengaplikasi kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, kemahiran untuk membuat keputusan dan kemahiran keusahawanan di dalam persekitaran kerja.