No rujukan MQA : (R2/213/4/0214)(12/2024)(A9823)
Syarat Kemasukan
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit sahaja; ATAU
- LULUS Sijil Multimedia Kreatif Tahap 3 dengan mendapat PNGK 2.0; ATAU
- LULUS Sijil Kolej Komuniti dengan Tahap 3 dan LULUS SPM sekurang-kurangnya kepujian dalam SATU (1) matapelajaran; ATAU
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 ; DAN
- LULUS ujian melukis yang diadakan oleh pihak Sekolah Pengajian
Tahun Pengajian
2 ½ tahun
Sinopsis
Diploma ini menawarkan kurikulum yang lengkap dan berkualiti dari segi teori dan praktikal. Objektifnya ialah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dalam bidang seni kreatif. Diploma ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang profesional dalam bidang berkaitan dan juga untuk memupuk kemahiran yang kreatif dan inovasi dalam komunikasi visual serta menggalakkan cara pemikiran yang berkonsep dalam melaksanakan tugas. Ianya juga adalah untuk memupuk keyakinan dalam diri pelajar melalui kemahiran dan pengalaman yang diperoleh semasa kursus.
Melalui Diploma ini, pelajar dapat mencapai impian mereka dalam industri seni visual kreatif serta dapat memahami unsur-unsur asas dan prinsip-prinsip seni. Di samping itu, pelajar juga dapat mencetuskan idea baru yang kreatif dan membangunkan kemahiran inovatif dalam industri. Secara tak langsung, pelajar akan dapat berdiri dengan keyakinan yang diperolehi setelah mengikuti kursus ini.
Objektif Pendidikan Program(PEO)
PEO1: Melahirkan graduan dalam senireka grafik dan multimedia serta membolehkan para pelajar menguasai kemahiran yang kreatif dan inovatif di dalam seni mereka bentuk dan multimedia.
PEO2: Untuk melahirkan pelajar yang memiliki kefahaman asas seni dan seni reka yang kukuh serta berkemampuan mengeluarkan idea-idea yang kreatif, berkemahiran professional serta mempunyai sikap dan etika yang diperlukan bagi pembangunan industri kreatif dan inovatif untuk perkembangan sumber manusia yang berterusan.
PEO3: Untuk melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran sosial dan kemahiran teknikal terkini yang mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan tempatan dan antarabangsa.