𝐁𝐄𝐘𝐎𝐍𝐃 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 & 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘: 𝐄𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔𝐑 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐏𝐀𝐓𝐇
Sempena Hari Terbuka KYP 2026, satu Ceramah Kerjaya bersama Pengurus Operasi Perladangan, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA),
Tuan Mohd Ridzuan bin M.Zani telah diadakan yang melibatkan pelajar Diploma Pengurusan Industri Perladangan (DPI) dan Diploma Agroteknologi (DPT), Kolej Yayasan Pahang.
Sesi ini berlangsung secara interaktif dan santai melalui perkongsian pengalaman sebenar dalam industri, sesi soal jawab serta perbincangan bersama para pelajar. Perkongsian memberi fokus kepada realiti dunia pekerjaan, pengurusan operasi perladangan, peluang kerjaya serta kemahiran dan kompetensi yang diperlukan oleh pihak industri.
Pelajar turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan wakil industri dengan mengemukakan soalan berkaitan laluan kerjaya, cabaran pekerjaan, kemahiran yang diperlukan serta persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Interaksi dua hala ini membantu pelajar mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan realistik tentang peluang kerjaya dalam sektor perladangan dan agroteknologi.
Secara keseluruhannya, sesi ini berjaya mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih aktif, interaktif dan berorientasikan industri, di samping meningkatkan pengetahuan, keyakinan dan kesediaan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan.

