Kunjungan Hormat ke Amanah Warisan Berhad (AWaris)
Kolej Yayasan Pahang (KYP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Amanah Warisan Berhad (AWARIS). Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan pendidikan dan memperluaskan lagi jalinan kerjasama dalam pelbagai inisiatif yang bermanfaat kepada para pelajar dan komuniti.
Delegasi Kolej Yayasan Pahang (KYP) yang diketuai oleh Puan Ainul Hayati binti Yunus (Ketua Eksekutif, Kolej Yayasan Pahang) telah disambut baik oleh Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Amanah Warisan Berhad (AWARIS))
Antara focus utama dalam kerjasama strategik ini adalah untuk memperkasakan lagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam) KYP dengan kerjasama Universiti Yarmouk, Jordan. Melalui sinergi ini, pihak KYP yakin ianya dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar selain dari negeri Pahang untuk menerokai bidang ekonomi dan perbankan Islam dengan lebih mendalam dan praktikal, sejajar dengan keperluan industri yang semakin berkembang.
KYP & AWARIS komited untuk terus menjalinkan kerjasama yang memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan negara. Semoga usaha sama ini membawa lebih banyak peluang dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Terima kasih kepada AWARIS atas sambutan mesra yang diberikan.