Akademik

Kolej Yayasan Pahang’s Courtesy Visit to Yarmouk University

KYP telah mengadakan kunjung hormat ke Yarmouk University, Jordan pada 17hb lalu. Delegasi KYP yang diketuai oleh Puan Ainul Hayati Binti Yunus (Ketua Eksekutif, Kolej Yayasan Pahang) telah disambut baik oleh Prof. Dr. Islam Massad (Presiden Universiti Yarmouk), Prof. Dr. Muhammad Talafha (Dekan Fakulti Syariah, Universiti Yarmouk).

Melalui kunjungan hormat ini, telah berlangsung sesi perbincangan cara untuk meningkatkan kerjasama akademik yang sedia ada antara kedua-dua institusi pada masa akan datang.

Prof. Dr. Islam Massad menyifatkan program kerjasama ini adalah salah satu program yang berjaya dilaksanakan oleh universiti dengan kerjasama institusi akademik bukan Jordan.

Beliau juga menekankan kesediaan universiti untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia yang ingin menamatkan pengajian mereka di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *