Akademik

Technical and Vocational Education and Training’ (TVET): Kursus Amali Pengurusan Ladang Getah dan Jentera Perladangan

Pelajar Semester 2 program Diploma Pengurusan Industri Peradangan (DPI), Kolej Yayasan Pahang (KYP) menjalani latihan amali di Stesen Penyelidikan RRIM Bukit Kuantan pada 5 Febuari 2025.

Tujuan utama adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman komprehensif mengenai prinsip dan amalan penanaman getah atau nama saintifiknya 'Hevea brasiliensis'

Selain daripada teknik penanaman getah, para pelajar turut didedahkan mengenai amalan agronomi seperti pembajaan, pengurusan tanah, cantasan, cantuman mata tunas, penuaian hasil lateks, kawalan penyakit dan perosak dan pengawalan rumpai secara teori dan praktikal.

Disamping itu turut ditekankan berkenaan penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan jentera serta aplikasi teknologi dalam pengurusan ladang getah.

Sesi amali yang dikendalikan sepenuhnya oleh Akademi Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia (LGM) berjalan dengan lancar serta memberikan keseimbangan antara pengetahuan teori dan praktikal sekaligus membolehkan pelajar menerapkan pembelajaran mereka dalam senario dunia nyata.

Para pelajar menunjukkan komitmen, minat, semangat berpasukan dan interaksi dua hala yang positif sepanjang sesi amali dijalankan.

Syabas planters!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *