Akademik

Majlis Sumbangan Komputer Riba

12 FEB 2025 | ET 2, KampusTaman Gelora

Seramai 10 orang pelajar daripada masyarakat orang asli menerima bantuan komputer riba Bantuan Pahang Pride Orang Asli menerusi Orang Asli Corporation (ORACO). 10 orang penerima terdiri daripada 1 pelajar dari Kolej Yayasan Pahang, 8 pelajar dari UCYP University dan 1 pelajar dari YP Advance Skills.

Sumbangan telah disampaikan oleh:

Puan Ainul Hayati Binti Yunus

Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang

Turut hadir:

Asst. Prof. Dr. Mohamad Nizam Bin Yusof

Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti

Encik Ifhamuddin Bin Mohamed,

Pengurus Hal Ehwal Pelajar KYP

Puan Nur Amani Binti Ibrahim,

Pengurus Hal Ehwal Pelajar UCYP University.

Komputer riba yang disumbangkan ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada para pelajar dalam menjalani pembelajaran mereka, terutamanya dalam era digital yang semakin berkembang.

Terima kasih juga kepada pihak Orang Asli Corporation (ORACO) diatas sumbangan yang diberikan. Semoga usaha ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai lagi pelajar di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *