Art & Creative Design Diploma Showcase IDEAS 32
04 - 05 Feb 2025 | Auditorium Utama Universiti UCYP
Art and Creative Design Diploma Showcase IDEAS 32 anjuran Sekolah Seni & Sains Sosial (SASS) melabuhkan tirai dengan jayanya di Auditorium Utama Universiti UCYP.
Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Ainul Hayati Binti Yunus (Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang).
Turut hadir, Encik Hamdan bin Abd Latif (Pengarah Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa).
Selain itu, majlis turut disempurnakan dengan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pelajar.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir KYP-UiTM dan DKM kerana telah berjaya melaksanakan Diploma Show dengan cemerlang!
Kejayaan ini adalah bukti kerja keras, dedikasi, dan semangat yang tidak pernah luntur sepanjang perjalanan akademik anda.
Teruslah berusaha, kerana ini hanyalah permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang.