Akademik

Sesi Perkongsian Peluang Menyambung Pelajaran Di University Yarmouk Jordan Bersama Pelajar SMA Ihsan Kuantan

Kuantan | 17 Januari 2025

Telah berlangsungnya satu sesi perkongsian maklumat berkenaan peluang menyambung pengajian program Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) Kerjasama 2+2 Dengan Universiti Yarmouk, Jordan bersama para pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Al Ihsan, Tanjung Api, Kuantan.

Penerangan ini telah di sampaikan oleh Ketua Program KYP-Yarmouk iaitu Dr Al-Meqdad Al-Shami dan pensyarah program, Ustaz Muhammad Ikhwan Ab Rahman.

Pihak KYP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan 1, Puan Mariah Binti Mat Noh dan Cikgu Saiful Amri Bin Jamaluddin di atas kesedian menerima kunjungan pihak kami.

Melalui sesi ini, para pelajar telah mendapat input dan pendedahan berkenaan syarat kemasukan program, hala tuju pengajian, suasana pembelajaran dan juga perkongsian maklumat kejayaan alumni program tersebut.

Turut hadir bersama menjalankan aktiviti santai bersama pelajar adalah pelajar tahun 2 program KYP-Yarmouk University Jordan  yang akan memulakan tahun 3 pengajian di Universiti Yarmouk pada bulan September 2025 akan datang.

Semoga sesi perkongsian ini dapat menyuntik semangat para pelajar SMA Al Ihsan untuk menyambung pengajian di negara timur tengah. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *