Akademik

Pelantikan Pelajar KYP-Yarmouk (Generasi Ke-18)

Pelajar KYP-Yarmouk University Jordan generasi ke-18 telah berangkat ke bumi Anbiya’ Jordan.

Pelepasan mereka diiringi oleh kakitangan KYP serta ibubapa para pelajar.

Turut hadir di KLIA ialah Cik Fadwah binti Anuwar, Ahli Lembaga Pengarah KESB untuk memberi kata-kata semangat kepada pelajar sebelum berangkat ke Jordan.

Pelajar juga ditemani oleh Puan Ainul Hayati Binti Yunus, Ketua Eksekutif KYP yang juga akan berangkat ke Jordan bagi tujuan lawatan kerja ke universiti-universiti di Jordan.

Selamat menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu.

Pergilah dengan penuh harapan, pulanglah dengan penuh kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *