Pernyataan Polisi

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Tadbir Urus Korporat, KKESB telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy ) bagi memudahkan warga KKESB dan Anak Syarikat atau orang awam melaporkan perlanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam KKESB atau Anak Syarikat dengan lebih berkesan. (Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010).

Apa yang boleh didedahkan

• Briberi, rasuah atau penipuan;
• 
Kesalahan jenayah;
• 
Salah guna wang atau harta KKESB;
• 
Kesilapan pengurusan yang melampau dalam KKESB
• 
Ketirisan kewangan yang serius dalam KKESB;
• 
Gangguan seksual;
• 
Kesalahan tatatertib lain; dan
• 
Perkhidmatan KKESB

Identiti Pengadu Dilindungi

Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku briberi / rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.

Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan KKESB dan Anak Syarikat, sekiranya disyaki melakukan salah laku briberi / rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.

Saluran Aduan

Emel: whistleblowing@kyp.edu.my

Surat dialamatkan kepada: 
Pegawai Penyelaras Sistem Pengurusan Anti-Briberi
Jabatan Pengurusan Kualiti,
Aras 2 Kompleks Yayasan Pahang,
26060 Tg Lumpur, Kuantan Pahang

Telefon: 09 5343 999 sambungan 217

Maklumat yang Diperlukan

Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah:

• Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel.

• Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan.

• Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan

• Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.