Kolej IKIP telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan telah ditukarkan nama kepada Kolej Yayasan Pahang (DK260-01(C)) pada Mei 2019 .Kolej Yayasan Pahang (KYP) adalah syarikat milik penuh Yayasan Pahang.

Kolej Yayasan Pahang menawarkan kursus diploma dan ijazah yang mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Nombor Perakuan Pendaftaran Institusi : DK260-01(C) ) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kolej Yayasan Pahang telah mendapat 4 bintang dalam akreditasi MyQuest bagi tahun 2021/2022.

Kampus KYP terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan,Pahang.