LOGO KOLEJ
Logo ini berkonsepkan gabungan huruf “Y” dan “P” yang mewakili Yayasan Pahang.
Simbol di sebelah kiri mewakili huruf “Y” manakala simbol di sebelah kanan mewakili huruf “P”.
Simbol yang digunakan diambil dari sebahagian rekabentuk asal logo Yayasan Pahang untuk menyatakan bahawa Kolej Yayasan Pahang ini bernaung di bawah Yayasan Pahang.
Selain gabungan huruf, simbol ini juga menggambarkan imej buku yang bertindih untuk mewakili ilmu pendidikan dan pembelajaran yang menjadi teras Kolej ini di mana ia selari dengan objektif penubuhan Yayasan Pahang untuk memberikan peluang Pendidikan terbaik untuk semua.
Warna Biru
Merupakan warna asas yang dinamik menggambarkan bahawa Kolej Yayasan Pahang sebagai asas dalam pertumbuhan ilmu dan dinamik dalam memperjuangkan agenda pendidikan global.
Warna Emas
Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan
Logo Kolej Yayasan Pahang telah diilhamkan oleh Pensyarah Sekolah Seni dan Sains Sosial, Encik Kaszaki bin Muhid. Beliau mula berkhidmat di Kolej Yayasan Pahang pada tahun 2002 dan merupakan graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Seni Halus (Grafik Komunikasi).
Pencipta Logo KYP