Tentang kami

Vibrant &
competent

Kolej Yayasan Pahang (atau dikenali sebagai KYP) telah ditubuhkan pada bulan Mac 1992 dan dimiliki sepenuhnya Yayasan Pahang, dan merupakan salah sebuah pusat pendidikan dan latihan berprestij di Pantai Timur. Kedudukan KYP yang terletak di bandar Kuantan yang semakin berkembang, bertujuan untuk meningkatkan teknologi latihan di dunia pendidikan, perdagangan, dan teknologi maklumat.

Objektif semasa KYP adalah untuk meluaskan penawaran program akademik ke pasaran global dan menjadi salah satu Pusat Kecemerlangan dan kini KYP sedang dalam kemajuan untuk meningkatkan kemudahan dan menggalakkan peningkatan transformasi pendidikan masyarakat Pahang demi melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi, berketrampilan, berkemahiran, matang dan seimbang serta memperluaskan peluang mendapat pendidikan dan latihan yang berkualiti. KYP juga berperanan dalam menggalakkan dan membantu perkembangan dalam bidang perindustrian, aktiviti komersil, sukan, seni dan kebudayaan, ekonomi, sosial, penyelidikan, pembangunan serta pengurusan teknologi selaras dengan Misi Yayasan Pahang.

KYP menawarkan pelbagai kemudahan pendidikan dan latihan termasuklah teater persidangan, pusat sumber, makmal komputer dan kemudahan lain bagi memenuhi tuntutan individu dan organisasi.