kaedah pembelajaran format ghani (kpfg)

KPFG diasaskan oleh pensyarah merangkap pengarah penerbit UMP, Profesor Madya Dr. Mohd Ghani Awang menerusi beberapa geran peneyelidikan seperti FRGS (Type A dan Highly Recommended), geran PRGS dan Geran Masyarakat (KTP). KPFG dilahirkan pada tahun 2007 menerusi beberapa geran penyelidikan iaitu tiga geran Seed Money, dua geran FRGS (Type A dan Highly Recommended), Study Orientation Skills (SOS), geran PGRS dan seterusnya Geran Masyarakat (KTP). Ia terus melakar kejayaan dengan memenangi pingat dalam pertandingan berprestij seperti Gold Medal MTE Expo (2007), MOSTI Best Product (2007) dan Anugerah Cendekia Bitara (2009). KPFG merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat mudah diamalkan oleh para pelajar pelbagai peringkat iaitu dari peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat universiti. Konsep dan prinsip utama KPFG adalah berdasarkan pengecaman, susunan dan ingat semula semua isi utama setiap bab yang dipelajari dari silibus yang diberi.

Kemahiran mencatat nota menerusi Format Ghani(FG) melalui teknik ringkasan pengetahuan kompleks kepada unit-unit kecil akan memudahkan para pelajar mengenal pasti isi isi utama pelajaran supaya mudah diingati. Format Ghani telah berjaya membantu lebih daripada 1,000 pelajar SPM di sekitar negeri di Pantai Timur serta para pelajar pengajian tinggi dan kolej swasta.

Justeru, produk KPFG telah mendapat trademark dari kementerian pendidikan selama 10 tahun antara 2016-2026. KPFG telah diamalkan oleh semua peringkat individu termasuk profesor, pensyarah, guru di pelbagai pusat pengajian tinggi seperti Universiti, Politeknik, Kolej Mara serta kolej-kolej swasta. Lebih daripada 100 buah sekolah termasuk Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) dan sekolah kementerian telah mengamalkan kaedah ini dan kebanyakkannya menunjukkan pencapaian akademik yang lebih cemerlang. KPFG juga telah diamalkan oleh beberapa organisasi seperti ECER, EMPOWER dan pelbagai jabatan dan organisasi masyarakat.