Bagi meninjau peluang kerjasama dengan institusi luar negara, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang, Puan Ainul Hayati Yunus telah mengadakan kunjung hormat kepada Pemangku Presiden World Islamic Sciences and Education University (WISE), Prof. Jaafar Al Mograbi Al-Fanatseh. Perbincangan adalah tertumpu kepada bidang Perbankan Islam, Fiqh Syafi’ dan Keperluan Khas. Delegasi KYP turut dibawa melihat fasiliti Fakulti Fiqh Syafi’ yang diketuai oleh Dekan Fakulti Fiqh Syafi’, Dr. Amjad Rashid. Antara fasiliti yang dilawati adalah bilik kuliah serta studio rakaman bagi program ODL Ijazah Sarjana Muda Fiqh Syafi’.
Diharapkan agar impak kunjungan ini mampu memberi ruang yang lebih luas dalam membentuk potensi pelajar melalui kerjasama dengan institusi luar dalam pelbagai bidang pengajian.