PAMERAN VIRTUAL : SYLLABUS RELOADED

PAMERAN VIRTUAL : SYLLABUS RELOADED
PLATFORM : GALERI VIRTUAL
LINK : https://www.artsteps.com/view/60405254d167fa73dd21db41/

PENGANJUR :
SCHOOL OF ARTS & HUMANITIES, KOLEJ YAYASAN PAHANG

KURATOR : MOHD KAIRUL BIN ABAS

PESERTA PAMERAN :
KASZAKI BIN MUHID
HAIDA BINTI HAJI HASMUDDIN
NORHAYATI BINTI MOHAMAD SULAIMAN
MOHD KAIRUL BIN ABAS

PAMERAN RELOADED EXHIBITION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Seni Visual merupakan ekspresi individu yang digarap melalui kreativiti sehingga mewujudkan sebuah bentuk karya secara fizikal sama ada lukisan, catan, cetakan atau arca. Sesuai dengan perkembangan alaf baru, penghasilan karya seni visual berkembang sejajar dengan kepesatan teknologi terkini seperti seni video, lukisan/catan digital, “projection mapping”, “light sculpture” dan sebagainya.Pameran “Syllabus Reloaded” ini bertujuan mempersembahkan karya-karya pensyarah seni di Sekolah Seni & Kemanusiaan,Kolej Yayasan Pahang.Kebanyakan karya-karya yang dipamerkan adalah dalam bentuk “hands on demonstration” di dalam kelas sebagai panduan bagi para pelajar.Sebagai pensyarah seni visual, mereka haruslah mempunyai kemahiran dalam bidang subjek yang diajar agar dapat membentuk pelajar dengan lebih efektif.Paparan pameran ini merangkumi subjek Ilustrasi, Ilustrasi Digital, Lukisan Asas dan Kajian Visual.Diharapkan agar pameran ini sedikit sebanyak mampu memberikan impak positif terutamanya kepada bakal pelajar dan ibu bapa bagi melihat Seni Visual sebagai satu bidang berpotensi sebagai karier di masa akan datang.

Leave a Reply