KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020 : Projek ini telah dikelolakan oleh Sekolah Pengajian Sains dan Teknologi yang diketuai oleh Encik Asyraful bin Razali. Pada 18 November 2020, sebanyak 700 anak pokok terung telah di tanam di tapak semaian dan dilakukan secara bergotong-royong yang melibatkan semua staff akademik dan bukan akademik KYP. Antara aspek penting yang diambil perhatian ialah pemilihan anak benih yang baik, berkualiti dan sihat sahaja akan ditanam dan dijaga tapak semaian.

Projek Tanaman Fertigasi Terung ini adalah sebahagian dari inisiatif sekolah pengajian untuk mendemonstrasikan langkah-langkah dalam proses tanaman fertigasi sebagai salah satu cara bimbingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi pelajar Diploma Pengurusan Industri Perladangan KYP. Selain daripada tujuan pembelajaran, ia juga diharapkan dapat menjana sumber pendapatan tambahan kepada KYP di bawah Projek Special Business Unit (SBU).

Diharapkan projek ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan kakitangan mengenai sistem fertigasi dan kepentingan pertanian. Secara tidak langsung, ia dapat menyokong industri pengeluaran makanan negara dan mengukuhkan ekonomi dalam situasi semasa yang terjejas disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *