PROGRAM JALINAN KASIH

23 Feb 2020 – Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Asli Kampung Sungai Jempol Maran. Program ini adalah anjuran bersama Young Planters Society (YPS) dan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) Kolej Yayasan Pahang. Program ini dianjurkan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan agensi. Antara pihak yang terlibat ialah Pusat Khidmat DUN Kuala Sentul, Yayasan Pahang, YP Land Sdn Bhd, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Pahang, Lembaga Getah Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Maran.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya penanaman anak benih nanas MD2, mengecat bangunan tabika, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, Program Bijak Gosok Gigi, pertandingan mewarna dan sukan rakyat. Program telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Shahaniza Shamsuddin, Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Pahang merangkap ADUN Kuala Sentul dan turut dihadiri oleh Pn Nazatul Niza Nordin, Pengarah Akademik KYP dan Batin Abu.-MAFA

Categories:

Tags:

Comments are closed