PERTANDINGAN FOTOGRAFI ZOO TERUNTUM

posted in: Uncategorized | 1

Pada 30 Mac 2019, Pelajar Kolej Yayasan Pahang (KYP) Kampus Indera Mahkota dari Program Usahasama UiTM dari Jurusan Grafik Dan Media Digital (AD111) iaitu Siti Zulaikha Binti Sheikh Ismail telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Fotografi yang bertemakan “Moment In Zoo Teruntum ,Kuantan”.

 Pertandingan tersebut merujuk kepada apa sahaja  paparan visual yang ada di Mini Zoo Teruntum. Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ini terbuka kepada pengunjung Mini Zoo Kuantan.

Mengulas kepada kejayaan ini, Zulaikha berkata , beliau amat berbangga dengan kejayaan ini dan tidak menyangka memenanginya kerana ini adalah kali pertama beliau menyertai pertandingan fotografi. Beliau amat berterima kasih kepada pensyarah dari Jabatan Seni Kreatif , Kolej Yayasan Pahang kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pembelajaran beliau di KYP.

Semoga dengan kejayaan yang dikecapi ini dapat memberi semangat dan inspirasi untuk menyertai lebih banyak pertandingan pada masa akan datang.

1-kyp-3jpg
1-kyp-4

  1. A WordPress Commenter

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.