Pada 3 Mac 2019, bertempat di Pantai Sepat Teruntum, telah berlangsungnya pertandingan mencari pelukis pisang terhebat. Pertandingan tersebut terbuka kepada institusi pengajian tinggi , pelajar sekolah serta orang awam yang ingin menyertainya.

 Pelajar Kolej Yayasan Pahang (KYP) Kampus Indera mahkota dari program Diploma Kreatif Media (DKM) dan Program Usahasama UiTM (AD111) telah menyertai pertandingan tersebut.

Pelajar  semester  4 , dari Program AD111 iaitu Siti Zulaikha binti Sheikh Ismail telah berjaya memenangi  tempat pertama  pertandingan tersebut manakala 2 orang pelajar semester 4  dari Program DKM berjaya menggondol tempat kedua dan ketiga iaitu Fatin Nabilah binti Ahmad Jusli (Tempat Kedua) dan Mohammad Syahriezal Bin Mohd Rashid (Tempat Ketiga).

Selain pertandingan melukis pisang , terdapat juga pertandingan lain seperti ‘Sand – Castle’ , Larian Pantai Sepat dan cabutan bertuah turut berlangsung di situ.

Acara ini dianjurkan oleh Santai D’ Gelora yang  juga merupakan acara tahunan dan Pantai Sepat Kuantan menjadi lokasi tetap acara tersebut.

[/pl_text]
[/pl_col]
[/pl_row]

Categories:

Tags:

Comments are closed